Friday, November 18, 2011

Berat & Jisim

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek.

Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yang berlainan.

Unit sukatan berat dan jisim ialah;
  • Berat - Newton / N
  • Jisim - kilogram / kg

Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut. Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.

Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.

Menyukat berat
Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca spring (Spring balance)


Neraca mampatan (Compression balance)

Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).

Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)


Neraca tuas (Lever balance)


13 comments:

  1. kalau jisim di bumi 72N jisim di bulan berapa N ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. unit bagi jisim bukan N lerr..Unit N untuk berat

      Delete
    2. Jika jisim di bumi 72 kg bersamaan dengan berat 720 N

      Di bulan berat adalah 1/6 drpd bumi..maknanya 720N÷6 = 120N ataupun bersamaan dengan 12kg

      Delete
  2. Jisim berubah mengikut lokasi tetapi berat tidak berubah mengikut lokasi. Betul atau Salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbalik tu rasanya.. jisim x berubah mengikut tempat sbb jisim ialah jumlah kandungan jirim di dalam objek.. berat berubah mengikut tempat sbb berat dipengaruhi graviti.. kalau berat dekat bumi 10N kat bulan 100N

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Pengumpulan data melibatkan semua pancaindera kita.
    Betul atau Salah.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Standard unit yg diguna pakai..unit ini digunakan bagi memudahkan proses urusan antara negara...sebagai contohnya ingin membeli gula di amerika kita menggunakan unit pound..tetapi untuk unit SI kita akan gunakan unit kg

      Delete
  5. Apa persamaan antara berat dan jisim?

    ReplyDelete